
Perniagaan kami bukan sekadar urusan dunia,
tetapi satu ibadah yang membawa keberkatan.

Setiap langkah dijalankan dengan kejujuran, amanah dan niat kerana Allah, demi manfaat bersama serta kejayaan dunia dan akhirat.
Kami percaya rezeki yang halal dan berkat datang dari usaha yang ikhlas dan cara yang betul. Dengan prinsip ini, kami terus melangkah maju, membantu pelanggan sambil mengekalkan integriti dan nilai Islam dalam setiap perkhidmatan.

PERNIAGAAN ADALAH IBADAH
INGAT PESAN NABI S.A.W :
Daripada Sayidina Abu Hurairah r.a, berkata:
ثُمَّ ذَكَرَ الرَّجُلَ يُطِيلُ السَّفَرَ أَشْعَثَ أَغْبَرَ يَمُدُّ يَدَيْهِ إِلَى السَّمَاءِ يَا رَبِّ يَا رَبِّ وَمَطْعَمُهُ حَرَامٌ وَمَشْرَبُهُ حَرَامٌ وَمَلْبَسُهُ حَرَامٌ وَغُذِىَ بِالْحَرَامِ فَأَنَّى يُسْتَجَابُ لِذَلِكَ
“…Kemudian Nabi saw menceritakan tentang seorang lelaki yang telah menempuh perjalanan jauh (musafir), sehingga rambutnya kusut, masai dan berdebu. Orang itu mengangkat tangannya ke langit seraya berdoa: “Wahai Tuhanku, wahai Tuhanku.” Padahal, makanannya dari barang yang haram, minumannya dari yang haram, pakaiannya dari yang haram dan diberi makan dari yang haram, maka bagaimanakah Allah akan memperkenankan doanya?” (HR Muslim)
Ibadah MEMUPUK
amalan suka ZIARAH
Dunia Perniagaan telah dapat membentuk Sifat Ziarah yang sangat dipandang berat oleh Rasulullah S.A.W. Asbab kita ada produk, terus terbayang wajah insan yang perlu kita ziarah. Belum tahu sama ada dia memerlukan atau tidak produk yang kita ada.
Isu sebenarnya bukanlah berhasil atau tidak perkongsian dan penjualan produk. Akan tetapi apabila kita Betulkan Niat untuk berziarah, maka Konsep Ibadah telah terlaksana dengan sendirinya.
Terjual Produk atau Perkhidmatan lahirlah KESYUKURAN. Sebaliknya, jika berlaku penolakan, maka tidak terpalit rasa KEKECEWAAN.
Ingat!!! Ziarah Adalah IBADAH.

Dakwah adalah tulang belakang ibadah, dan ia tidak pernah menjadi urusan peribadi semata. Ia adalah tanggungjawab kolektif, diikat dalam jalinan ukhuwah sesama kita. Kita mewarisi Islam secara percuma kerana dakwah para Sahabat RadhiyAllahu ‘Anhum—yang rela berkorban demi menyampaikan cahaya kepada umat. Tanpa ukhuwah mereka, tiada sambungan risalah kepada kita hari ini.
Sekurang-kurangnya, dalam perniagaan pun, kita diajar untuk memahami dua perkara asas dalam kehidupan ummah: Keperluan hidup dan tujuan hidup. Dan dalam usaha itu, ukhuwah menjadi jambatan—kita tidak hanya menjual, kita mendidik dan membimbing, agar kehidupan ini tidak sekadar memenuhi kehendak dunia, tapi juga menjejak redha Tuhan.
KEPERLUAN HIDUP
- Makan & Minum.
- Pakaian.
- Kenderaan.
- Kediaman.
- Teman.
TUJUAN HIDUP
- Sempurnakan Iman.
- Sempurnakan Ibadah.
- Sempurnakan Muamalah.
- Sempurnakan Mu’adyarah.
- Sempurnakan Akhlak.